Sunday, 11 January 2015

SESUATU YANG DIHARAMKAN BERDASARKAN NAS AL QURAN ADALAH HARAM (MUTLAK) PADA PANDANGAN ISLAM


Firman Allah swt di dalam Al Quran:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati  bapa-bapa (datuk nenek) kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun bapa-bapa (datuk nenek)  mereka itu tidak faham sesuatu apa pun dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah daripada Allah
(al Baqarah: Ayat 170)

وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءً ۚ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya
(al Baqarah: Ayat 171)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya
(al Baqarah: Ayat 172)

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih disebut selain nama Allah. Tetapi maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(al Baqarah: Ayat 173)

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولَٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan mereka menukar ganti dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(al Baqarah: Ayat 174)

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu
(al Baqarah: Ayat 175)

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

Demikian (balasan) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab(al Quran) dengan mengandungi kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang mempersoalkan kebenaran isi Kitab itu sudah jauh tersesat daripada kebenaran
(al Baqarah: Ayat 176)

Keterangan ayat 172 dan 173 menurut Tafsir Al Quran Karim:

Menurut ayat 172 segala makanan yang baik halal dimakan kecuali yang memudaratkan kesihatan sebagaimana firman Allah swt :

"Dan janganlah sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"- surah al Baqarah ayat 195

Menurut surah al Baqarah ayat 173 bahawa yang haram dimakan hanya 4 sahaja iaitu bangkai,  darah yang mengalir,  daging babi dan binatang-binatang yang disembelih disebut bukan dengan nama Allah tetapi nama berhala.

Hikmah diharamkan memakan daging babi kerana daging babi itu menyebabkan cacing pita yang merbahaya dalam perut manusia yang memudarat kesihatan manusia.

Selain daripada yang 4 itu adalah halal dimakan.

Ditinjau pula daripada hadis Nabi saw iaitu melarang memakan daging binatang buas yang mempunyai taring(seperti harimau,  beruang dan sebagainya) atau burung pemangsa yang kuku mencengkam(helang dan sebagainya).
Oleh itu menurut Imam Syafie,  Abu Hanifah dan Ahmad, memakannya adalah haram. Manakala menurut Imam Malik(Maliki) pula tidak haram, hanya makruh sahaja.

Wallahua'lam

Rujukan:

1.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(2010)
2. Al Quran Karim: Amazing 33 Panduan Al Quran Untuk Hidup Anda.











No comments:

Post a Comment