Sunday, 11 January 2015

SESUATU YANG DIHARAMKAN BERDASARKAN NAS AL QURAN ADALAH HARAM (MUTLAK) PADA PANDANGAN ISLAM


Firman Allah swt di dalam Al Quran:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah, mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati  bapa-bapa (datuk nenek) kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun bapa-bapa (datuk nenek)  mereka itu tidak faham sesuatu apa pun dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah daripada Allah
(al Baqarah: Ayat 170)

وَمَثَلُ الَّذِينَ كَفَرُوا كَمَثَلِ الَّذِي يَنْعِقُ بِمَا لَا يَسْمَعُ إِلَّا دُعَاءً وَنِدَاءً ۚ صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya
(al Baqarah: Ayat 171)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya
(al Baqarah: Ayat 172)

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih disebut selain nama Allah. Tetapi maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
(al Baqarah: Ayat 173)

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولَٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan mereka menukar ganti dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
(al Baqarah: Ayat 174)

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ ۚ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu
(al Baqarah: Ayat 175)

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

Demikian (balasan) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab(al Quran) dengan mengandungi kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang mempersoalkan kebenaran isi Kitab itu sudah jauh tersesat daripada kebenaran
(al Baqarah: Ayat 176)

Keterangan ayat 172 dan 173 menurut Tafsir Al Quran Karim:

Menurut ayat 172 segala makanan yang baik halal dimakan kecuali yang memudaratkan kesihatan sebagaimana firman Allah swt :

"Dan janganlah sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"- surah al Baqarah ayat 195

Menurut surah al Baqarah ayat 173 bahawa yang haram dimakan hanya 4 sahaja iaitu bangkai,  darah yang mengalir,  daging babi dan binatang-binatang yang disembelih disebut bukan dengan nama Allah tetapi nama berhala.

Hikmah diharamkan memakan daging babi kerana daging babi itu menyebabkan cacing pita yang merbahaya dalam perut manusia yang memudarat kesihatan manusia.

Selain daripada yang 4 itu adalah halal dimakan.

Ditinjau pula daripada hadis Nabi saw iaitu melarang memakan daging binatang buas yang mempunyai taring(seperti harimau,  beruang dan sebagainya) atau burung pemangsa yang kuku mencengkam(helang dan sebagainya).
Oleh itu menurut Imam Syafie,  Abu Hanifah dan Ahmad, memakannya adalah haram. Manakala menurut Imam Malik(Maliki) pula tidak haram, hanya makruh sahaja.

Wallahua'lam

Rujukan:

1.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(2010)
2. Al Quran Karim: Amazing 33 Panduan Al Quran Untuk Hidup Anda.











Wednesday, 7 January 2015

SABAR DAN HIKMAH DALAM SEGALA LAPANGAN

Mari mencontohi sifat Rasulullah saw yang difirmankan di dalam Al Quran.

Firman Allah swt di dalam Al Quran:

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولًا مِنْكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ

Sepertimana Kami telah mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan kelakuan jahat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (kebijaksanaan), dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui

(al Baqarah: ayat 151)

Firman Allah swt di dalam ayat seterusnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

(al Baqarah: ayat 153)

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

(al Baqarah: ayat 156)

Keterangan ayat 151 dan 153:

Erti hikmah bagi manusia ialah mengetahui sesuatu serta rahsia, faedah dan maksudnya seperti hikmah solat,  hikmah diturunkan besi, dakwah secara hikmah dan lain-lain hikmah di dalam al Quran serta hikmah yang diteladani daripada Rasulullah saw(Sunnah).

Untuk menyempurnakan sesuatu pekerjaan hendaklah dengan hati yang tetap dan sabar serta mengerjakan solat, kerana di dalam solat itulah kita memohon pertolongan daripada Allah swt agar memimpin ke jalan yang lurus dan penyelesaian dalam segala pekerjaan yang akhirnya memberi keberkatan dalam pekerjaan dan mendapat rahmatNya sepertimana firman Allah swt:

أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi keberkatan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya

(al Baqarah: ayat 157)

Wallahua'lam

Rujukan:

Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(2010)

Friday, 2 January 2015

AL QURAN(KALAMULLAH) PETUNJUK SEBENAR

Firman Allah swt di dalam Al Quran:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak mereka sesudah datangnya pengetahuan (wahyu) kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat melindungi dan memberi pertolongan kepada mu

(al Baqarah: Ayat 120)

Firman Allah swt di dalam ayat seterusnya ayat 121 :

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ أُولَٰئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Orang-orang yang Kami turunkan Kitab(ahli kitab) kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan dan mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya(al Quran) maka mereka itulah orang-orang yang rugi

(al Baqarah: Ayat 121)

Keterangan ayat 120 dan 121:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepada umat Islam sehingga umat Islam menurut agama mereka. Namun di kalangan ahli kitab ada yang beriman iaitu mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan yang tidak mengingkari dengan al Quran

Menurut Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam Tafsir Quran Karim menjelaskan, begitu juga umat Islam yang membaca al Quran, tetapi tidak memerhatikan isinya dan tidak pula mengambil pengajaran daripadanya. Mereka sekadar membaca untuk berlagu dan menggembirakan hati,  sedangkan isi yang penting tidak difahami. Mereka ini juga termasuk dalam makna mereka yang rugi dalam ayat 121 berkenaan. Bacaan yang haq atau yang sebenarnya sepertimana ayat di atas :

                           ....الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلَاوَتِهِ
Maksudnya:

.....membacanya(kitab/al Quran) dengan sebenar-benar bacaan

Wallahua'lam

Rujukan:

Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(2010)

Sunday, 28 December 2014

MUSIM SEJUK(TEKANAN TINGGI), BANJIR BESAR, KEHILANGAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501 DAN KEAJAIBAN SURAH AL MURSALAT

Sebagai umat Islam kita harus mengimani setiap kejadian adalah Qada Dan Qadar - Ketentuan Allah SWT. KepadaNya kita memohon pertolongan dan tiada sekutu bagiNya dengan sesuatu.

Musim sejuk dan bertekanan tinggi yang berlaku di Siberia sejak pertengahan disember menghasilkan tekanan berbeza menghasilkan angin sejuk yang meluru ke asia.

Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.

Luruan udara sejuk dari Siberia ditambah dengan angin kencang lautan pasifik barat dan laut China Selatan menghasilkan vortek siklon dan awan ribut dan menghasilkan hujan lebat.

Ini dapat dilihat apa yang berlaku sekarang banjir besar melanda di pantai Timur bermula pertengahan disember 2014 hingga sekarang.

Setelah Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di pantai Timur,  kini satu lagi kejutan pada dunia iaitu kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 pada 28/12/2014 yang berlepas dari Surabaya ke Singapura. Terkini maklumat daripada pihak Indonesia secara rasmi telah mengumumkan kehilangan pesawat tersebut kerana mengelak gumpalan awan tebal dan juruterbang sempat menghubungi menara kawalan meminta kebenaran terbang tinggi naik ke altitud 38,000 kaki bagi mengelak awan kolumunimbus.

Awan kolumunimbus boleh menghasilkan petir dan boleh memberi gegaran kepada pesawat. Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika ada awan kolumunimbus setinggi 48,000 kaki@16,000 m dan menurut Portal The Globe and Mail awan ribut setinggi 44,000 kaki dikesan di kawasan sama ketika insiden pesawat berkenaan. Apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan masih tidak diketahui setakat ini.

AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 07:24 pagi atau 7.18 pagi, berdasarkan laporan astroAwani dan berita harian.

Mari lihat fenomena ini di dalam Al Quran berkenaan Surah al Mursalaat.

Surah al Mursalaat bermaksud angin yang bertiup. Surah al Mursalaat mengandungi 50 ayat. Maksud ayat-ayat 1-7 dan ayat 28 Surah al Mursalaat:

1.Demi angin yang bertiup berturut-turut
2. Demi badai yang keras
3. Demi angin yang menebarkan awan
4. Demi yang membezakan (hak dan batil)
5. Demi yang menurunkan peringatan
6. Untuk minta uzur(keampunan bagi orang beriman) atau peringatan(bagi orang- orang kafir)
7. Sesungguhnya apa- apa yang dijanjikan kepadamu akan menjadi kenyataan
.....
....ayat seterusnya....ayat 28


28.وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

                                                                                            :Bermaksud

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

Berdasarkan ayat di atas suatu keajaiban@pemberitahuan masa depan kerana Al Quran telah diturunkan sejak 1400 tahun lalu.
Ayat 28 Surah al Mursalaat( bermaksud angin yang bertiup)  maksud ayat-"kecelakaan besar" dan pesawat penerbangan QZ8501 Air Asia hilang @ terputus hubungan dengan menara kawalan pada 7.18@7.24 pagi pada 28.12.2014, angka 28 bersamaan dengan ayat 28 . Faktor utama yang dikesan ialah awan ribut.

Untuk lebih jelas lagi mari lihat Surah al Mursalaat iaitu surah yang ke 77 ayat 19 dan ayat 24 - (77:19) dan (77:24) ini bersamaan(hampir) dengan masa terputus hubungan pesawat dengan menara kawalan. Dalam Al Quran(bahasa Arab) sesuatu yang diulang menunjukkan penekanan(taukid). Iaitu 77 penekanan angka 7, kehilangan/terputus hubungan pesawat berlaku pada waktu pagi 7.18@7.24 pagi berdasarkan berbagai laporan ini hampir (bersamaan) dengan ayat (77:19) dan (77:24).

Kesimpulan :

Ayat 28 = 28.12.14 kehilangan
Ayat (77:19) dan (77:24) = waktu pagi 7.18-7.24
(77:19) dan (77:24)

Ayat 19 dan 24:


77:19. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

   Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang             yang mendustakan apa yang Kami janjikan        
(Surah al Mursalaat, 77:19)


77:24. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan kekuasaan Kami

(Surah al Mursalaat, 77:24)

Boleh baca Surah al Mursalaat(ayat 1-50) untuk dibuat kajian dengan fenomena hari ini.

Apa yang berlaku sebenarnya pada pesawat dan kejadian banjir besar hari ini hanya Allah swt yang mengetahui semuanya atas qada dan qadar ketentuan Allah swt. Hanya pada Allah swt dipohon agar semuanya dalam keadaan selamat.

Wallahua'lam

Rujukan:

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2.http://m.www.astroawani.com/news/show/pesawat-airasia-dari-surabaya-ke-singapura-dilapor-hilang-51069
3. http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=160&lang=malay
4.http://www.bharian.com.my/node/25595?m=1
5.Berita harian-27/12/14 & 29/12/14







Friday, 26 December 2014

HARI QIAMAT: TANDA-TANDA DALAM SURAH AL QIAMAH DAN IBRAH DARIPADA SURAH AL KAHFI

Hari qiamat atau yaumul qiyamah terdiri daripada 3 suku kata:

Yaum (يوم‎) = Hari, masa atau tempoh
Qiyam (قيام‎) = Tegak, bangkit, berdiri
Ummah (أمة‎) = Umat atau bangsa

Dari segi istilah Yaumul Qiyamah dimaksudkan dengan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab hari kehancuran ini disebut "As-Saa’ah".

Al Quran menegaskan bahawa hari kiamat itu mesti terjadi dan bila masa waktunya terjadi, hanya Allah swt yang mengetahuinya. Kiamat ini dinamakan kiamat besar. Adapun kiamat kecil ialah terjadinya kewafatan seseorang, bila ia mati maka telah tiba kiamat baginya. Sedang kiamat suatu bangsa itu runtuhnya bangsa itu. Kiamat suatu pemerintah jatuhnya pemerintahan itu diganti pemerintah yang lain.

Bilakah berlakunya qiamat dijelaskan dalam Al Quran, firman Allah swt :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ

Ia bertanya:Bilakah datangnya hari kiamat itu

فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ

Maka (hari kiamat akan datang) apabila pemandangan telah tercengang kerana takut

وَخَسَفَ الْقَمَرُ

Dan bulan hilang cahayanya

وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama

(Al Qiamah: ayat 6-9)

Melihat ayat di atas salah satu tandanya "bila matahari serta bulan dihimpunkan bersama", setengah pendapat menafsirkan maksudnya gerhana matahari. Gerhana matahari terbahagi kepada dua, gerhana matahari separa dan gerhana matahari penuh. Sebelum berlaku kiamat akan berlakunya gerhana(ketidaktentuan)  pada alam sebelum berlakunya qiamat, wallahua'lam.

Mari lihat pula kisah daripada surah al Kahfi sebagai ibrah peringatan tentang kiamat/binasa sepertimana firman Allah swt di dalam Al Quran:

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا رَجُلَيْنِ جَعَلْنَا لِأَحَدِهِمَا جَنَّتَيْنِ مِنْ أَعْنَابٍ وَحَفَفْنَاهُمَا بِنَخْلٍ وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمَا زَرْعًا

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain

كِلْتَا الْجَنَّتَيْنِ آتَتْ أُكُلَهَا وَلَمْ تَظْلِمْ مِنْهُ شَيْئًا ۚ وَفَجَّرْنَا خِلَالَهُمَا نَهَرًا

Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنْكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

Dan bagi lelaki(kufur) itu ada buah-buahan(harta benda yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai

وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَىٰ رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا مُنْقَلَبًا

Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini

قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki

لَٰكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

Akan tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu

فَعَسَىٰ رَبِّي أَنْ يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِنْ جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus

أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَنْ تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا

Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi

وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku

(Al Kahfi: ayat 32-42)

Ibrah atau pengajaran daripada kisah ayat-ayat di atas memberi peringatan bahawa qiamat/kebinasaan boleh berlaku bila-bila masa. Senantiasa umat Islam perlu istiqamah pada jalanNya menunaikan segala yang difardhukan. Jika dikurniakan nikmat pemberian berupa harta, kesenangan dan seumpamanya hendaklah mengingati semuanya adalah kurniaan daripada Allah swt. Dikeluarkan zakat(muslim)/cukai (nonmuslim) kepada fakir miskin atau yang memerlukan sepertimana yang dituntut(kewajiban) agama

Kisah dalam ayat-ayat di atas menurut Tafsir Quran Karim, lelaki(yahudi) yang kufur itu bernama Qathrus yang akhirnya tanamannya dibinasa dan seorang lagi lelaki(yahudi) yang mukmin bernama Yahuza yang rezekinya berkat kerana kebajikannya

Wallahua'lam.

Rujukan:

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2. Al Quran Karim: Amazing 33 Panduan Al Quran Untuk Hidup Anda.
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Kiamat

Tuesday, 23 December 2014

KEROSAKAN/DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARIPADA MEMBUNUH


Kerosakan/dosa fitnah adalah lebih besar kesannya daripada angkara membunuh sepertimana firman Allah swt di dalam Al Quran:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan dan mereka (orang-orang kufur itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli Neraka kekal mereka di dalamnya selama-lamanya

(Surah Al-Baqarah. Ayat 217)

Dalam ayat yang lain Allah swt tidak membenarkan pembunuhan tanpa alasan yang benar sepertimana firman Allah swt di dalam Al Quran:

مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-Rasul Kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi

(Surah Al-Maidah: Ayat 32)

Sunday, 21 December 2014

ISLAM AGAMA KESELAMATAN DAN KEAMANAN, KEGANASAN BUKAN AJARAN DARIPADA ISLAM

Islam adalah agama rahmat dan keamanan. Islam itu adalah agama yang   menjadi rahmat kepada seluruh alam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menjadi rahmatal a'lamin. Sepertimana firman Allah swt dalam al Quran:

            وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
                                

Tidaklah Allah utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

(al-Anbia’ : 107)

Islam juga adalah agama keselamatan dan keamanan. Sepertimana firman Allah swt dalam al Quran:

وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْلَمُونَ

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman(walaupun ia tidak beriman). Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui hakikat Islam

(Surat At-Tawba : 6)

Thursday, 18 December 2014

ATOM, MOLEKUL, PENCIPTAAN MAKHLUK DAN SURAH AL FATIHAH

Atom adalah zarah yang paling kecil/seni terdiri daripada subatomnya iaitu proton, neutron dan  elektron. Intinya(nukleus) mengandungi proton dan neutron, manakala elektron mengelilingi nukleus atom.

Atom merupakan zarah yang membentuk molekul, sebatian dan membentuk segala benda di dunia samada benda hidup atau bukan hidup.

Besi sebagai contoh terdiri daripada berbilion gabungan atom unsur besi,  begitu juga logam-logam yang lain terdiri daripada berbilion gabungan atom unsur logamnya.

Manusia pula terdiri daripada pelbagai jenis gabungan unsur atom seperti H, C, O,  N yang membentuk asid amino menjadi protein serta unsur- unsur atom seperti Ca, P,  Fe, K, S ,  dan lain-lain unsur yang membentuk tulang dan sebagainya.

Begitu juga tumbuhan,  udara, planet dan alam semesta yang terdiri daripada unsur-unsur atom tersendiri.

Menariknya untuk diketahui ialah unsur-unsur atom terdiri daripada 7 lapisan aras tenaga atau 7 petala bagi awan elektronnya yang mengelilingi nukleus atom sama bilangan aras petala sepertimana 7 lapisan bumi dan 7 lapisan langit.

Firman Allah swt:

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua hari(masa); dan Dia wahyukan kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
(As Sajdah, 41: ayat 12)

Dalam jadual berkala kimia unsur atom, petala disebut sebagai kala. Jadual berkala kimia terdiri daripada 7 kala @ petala dan 18 kumpulan. Bermula daripada unsur yang mula-mula iaitu H (kala 1 kumpulan 1) hingga unsur Uuo (kala 7 kumpulan 18). Semua atom unsur benda ditunjukkan dalam jadual berkala kimia.

Mari lihat surah al Fatihah, surah al Fatihah dinamakan Ummul Kitab ertinya Ibu Kitab(Quran) . Permulaan Al Quran @ surah,  iaitu surah al Fatihah(الفاتحة), al Fatihah  bermaksud pembukaan. Menariknya surah al Fatihah(الفاتحة) terdiri daripada 7 ayat dan perkataan الفاتحة itu sendiri terdiri daripada 7 huruf (ا ل ف ا ت ح ة).

Angka 18 pula melihat kepada bilangan surah ialah surah al Kahfi surah yang ke 18 iaitu surah yang berada di tengah di dalam al Quran, yang disebut di dalam hadis hendaklah selalu 'dibaca' dan diambil panduan pengajaran daripada surah ini pada akhir zaman atau menjelang kiamat.

Menarik untuk diperhatikan pada surah 18 : selepas ayat 36(18:36) iaitu ayat ke 37 memperihalkan proses kejadian manusia. Firman Allah swt:

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْراً مِّنْهَا مُنقَلَباً

Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini
(18:36)

قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ
مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلاً

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki
(18:37)

Melihat ayat di atas dikaitkan dengan nisbah berat proton di bandingkan elektron.
Nilai lebih tepat nisbah berat proton di bandingkan elektron ialah melebihi 1836 dan proses kejadian manusia diterangkan selepas ayat 36(18:36) iaitu ayat ke 37. Pada ayat ke 37 juga terdapat perkataan proton dibaca terbalik dalam perkataan minturabi مِن تُرَابٍ bermaksud dari tanah. Dalam bahasa arab ب bersamaan dengan huruf P:  ب ا ر ت ن  proton daripada perkataan minturabi ٍمِن تُرَاب .

Nisbah berat proton dibanding elektron lebih daripada 1836 (1836.15 )bersamaan dengan surah dan ayat(18:36 dan 18:37)

Berat : proton/elektron = 1836.15

Kemudian pada ayat 39 (18:39) terdapat perkataan neutron. Angka1839 ini adalah nisbah berat neutron dibandingkan dengan elektron berdasarkan berat masing-masing berdasarkan ilmu sains kimia fizik. Menariknya nisbah berat 1839  bersamaan dengan surah dan ayat (18:39). Subhanallah.

Firman Allah swt:

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kala engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu
(18:39)

Ajaibnya pada ayat berkenaan terdapat perkataan 

neutron ن ت ر ن  daripada perkataan إِن تُرَنِ pada ayat di atas.

Subhanallah, Allah swt yang maha agung yang telah menurunkan kitab suci Al Quran di dalamnya terkandung berbagai keajaiban dan tanda keagunganNya.

Wallahua'lam

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Atom
2011-06-23.
3. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Proton-to-electron_mass_ratio
4. http://physics.nist.gov/cgi-bin/cuu/Value?mpsme
5. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Periodic_table
http://www.ptable.com/

Monday, 15 December 2014

BAHASA ARAB: ISIM(KATA NAMA)-ISIM SUBJEK DAN OBJEK


ISIM(KATA NAMA) BAGI FAIL(SUBJEK) DAN MAF'UL (OBJEK)

Asal ISIM(KATA NAMA) : Huruf akhirnya adalah dhommah(  ُ   ), contoh seperti:

المسجدُ ، الرَّجُلُ , الثُعْبَانُ ,...

FAIL- SUBJEK: Pembuat
- isimnya dhommah(  ُ  ) : المسجدُ

MAF'UL- OBJEK
- isimnya fathah ( َ   ) : المسجدَ

Contoh ayat 1:                   
            الرَّجُلُ - lelaki
            الثُعْبَانُ - ular

                                1. قَتَلَ الرَّجُلُ الثُعْبَانَ

"Lelaki itu telah membunuh ular itu"
              
FAIL- SUBJEK: Pembuat
- isimnya dhommah(  ُ  ) : الرَّجُلُ

MAF'UL- OBJEK
- isimnya fathah ( َ   ) : الثُعْبَانَ

Contoh ayat 2:

                                 2. قَتَلَ الرَّجُلَ الثُعْبَانُ

      "ular itu telah membunuh lelaki itu"

FAIL- SUBJEK: Pembuat
- isimnya dhommah(  ُ  ) : الثُعْبَانُ

MAF'UL- OBJEK
- isimnya fathah ( َ   ): الرَّجُلَ

Ayat 1 dan 2 di atas jika tanpa baris menunjukkan huruf yang sama tetapi apabila isim dibariskan huruf akhirnya memberikan makna yang berbeza, DHOMMAH menunjukkan ISIM SUBJEK dan FATHAH menunjukkan ISIM OBJEK.

Rujukan:

1. Ilmu Nahu: Huraian Matan al Ajurrumiyyah
2. http://www.madinaharabic.com/Arabic_Language_Course/Lessons/L025_002.html


SEBAIK-BAIK MANUSIA YANG BELAJAR DAN MENGAJAR AL QURAN


Sabda Rasulullah saw :

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ- رواه البخاري

Sebaik-baik kamu adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya
(HR Bukhari)

Al-Quran adalah Kalamullah terkandung di dalamnya panduan, pelbagai ilmu dan tanda kebesaranNya(keajaiban) serta keagunganNya yang menjadi rahmat dan kesejahteraan kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Berbahagialah mereka yang belajar Al Quran dan mengajarkannya.