Sunday, 28 December 2014

MUSIM SEJUK(TEKANAN TINGGI), BANJIR BESAR, KEHILANGAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501 DAN KEAJAIBAN SURAH AL MURSALAT

Sebagai umat Islam kita harus mengimani setiap kejadian adalah Qada Dan Qadar - Ketentuan Allah SWT. KepadaNya kita memohon pertolongan dan tiada sekutu bagiNya dengan sesuatu.

Musim sejuk dan bertekanan tinggi yang berlaku di Siberia sejak pertengahan disember menghasilkan tekanan berbeza menghasilkan angin sejuk yang meluru ke asia.

Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.

Luruan udara sejuk dari Siberia ditambah dengan angin kencang lautan pasifik barat dan laut China Selatan menghasilkan vortek siklon dan awan ribut dan menghasilkan hujan lebat.

Ini dapat dilihat apa yang berlaku sekarang banjir besar melanda di pantai Timur bermula pertengahan disember 2014 hingga sekarang.

Setelah Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di pantai Timur,  kini satu lagi kejutan pada dunia iaitu kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 pada 28/12/2014 yang berlepas dari Surabaya ke Singapura. Terkini maklumat daripada pihak Indonesia secara rasmi telah mengumumkan kehilangan pesawat tersebut kerana mengelak gumpalan awan tebal dan juruterbang sempat menghubungi menara kawalan meminta kebenaran terbang tinggi naik ke altitud 38,000 kaki bagi mengelak awan kolumunimbus.

Awan kolumunimbus boleh menghasilkan petir dan boleh memberi gegaran kepada pesawat. Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika ada awan kolumunimbus setinggi 48,000 kaki@16,000 m dan menurut Portal The Globe and Mail awan ribut setinggi 44,000 kaki dikesan di kawasan sama ketika insiden pesawat berkenaan. Apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan masih tidak diketahui setakat ini.

AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 07:24 pagi atau 7.18 pagi, berdasarkan laporan astroAwani dan berita harian.

Mari lihat fenomena ini di dalam Al Quran berkenaan Surah al Mursalaat.

Surah al Mursalaat bermaksud angin yang bertiup. Surah al Mursalaat mengandungi 50 ayat. Maksud ayat-ayat 1-7 dan ayat 28 Surah al Mursalaat:

1.Demi angin yang bertiup berturut-turut
2. Demi badai yang keras
3. Demi angin yang menebarkan awan
4. Demi yang membezakan (hak dan batil)
5. Demi yang menurunkan peringatan
6. Untuk minta uzur(keampunan bagi orang beriman) atau peringatan(bagi orang- orang kafir)
7. Sesungguhnya apa- apa yang dijanjikan kepadamu akan menjadi kenyataan
.....
....ayat seterusnya....ayat 28


28.وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

                                                                                            :Bermaksud

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!

Berdasarkan ayat di atas suatu keajaiban@pemberitahuan masa depan kerana Al Quran telah diturunkan sejak 1400 tahun lalu.
Ayat 28 Surah al Mursalaat( bermaksud angin yang bertiup)  maksud ayat-"kecelakaan besar" dan pesawat penerbangan QZ8501 Air Asia hilang @ terputus hubungan dengan menara kawalan pada 7.18@7.24 pagi pada 28.12.2014, angka 28 bersamaan dengan ayat 28 . Faktor utama yang dikesan ialah awan ribut.

Untuk lebih jelas lagi mari lihat Surah al Mursalaat iaitu surah yang ke 77 ayat 19 dan ayat 24 - (77:19) dan (77:24) ini bersamaan(hampir) dengan masa terputus hubungan pesawat dengan menara kawalan. Dalam Al Quran(bahasa Arab) sesuatu yang diulang menunjukkan penekanan(taukid). Iaitu 77 penekanan angka 7, kehilangan/terputus hubungan pesawat berlaku pada waktu pagi 7.18@7.24 pagi berdasarkan berbagai laporan ini hampir (bersamaan) dengan ayat (77:19) dan (77:24).

Kesimpulan :

Ayat 28 = 28.12.14 kehilangan
Ayat (77:19) dan (77:24) = waktu pagi 7.18-7.24
(77:19) dan (77:24)

Ayat 19 dan 24:


77:19. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

   Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang             yang mendustakan apa yang Kami janjikan        
(Surah al Mursalaat, 77:19)


77:24. وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan kekuasaan Kami

(Surah al Mursalaat, 77:24)

Boleh baca Surah al Mursalaat(ayat 1-50) untuk dibuat kajian dengan fenomena hari ini.

Apa yang berlaku sebenarnya pada pesawat dan kejadian banjir besar hari ini hanya Allah swt yang mengetahui semuanya atas qada dan qadar ketentuan Allah swt. Hanya pada Allah swt dipohon agar semuanya dalam keadaan selamat.

Wallahua'lam

Rujukan:

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2.http://m.www.astroawani.com/news/show/pesawat-airasia-dari-surabaya-ke-singapura-dilapor-hilang-51069
3. http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=160&lang=malay
4.http://www.bharian.com.my/node/25595?m=1
5.Berita harian-27/12/14 & 29/12/14







No comments:

Post a Comment