Thursday, 18 December 2014

ATOM, MOLEKUL, PENCIPTAAN MAKHLUK DAN SURAH AL FATIHAH

Atom adalah zarah yang paling kecil/seni terdiri daripada subatomnya iaitu proton, neutron dan  elektron. Intinya(nukleus) mengandungi proton dan neutron, manakala elektron mengelilingi nukleus atom.

Atom merupakan zarah yang membentuk molekul, sebatian dan membentuk segala benda di dunia samada benda hidup atau bukan hidup.

Besi sebagai contoh terdiri daripada berbilion gabungan atom unsur besi,  begitu juga logam-logam yang lain terdiri daripada berbilion gabungan atom unsur logamnya.

Manusia pula terdiri daripada pelbagai jenis gabungan unsur atom seperti H, C, O,  N yang membentuk asid amino menjadi protein serta unsur- unsur atom seperti Ca, P,  Fe, K, S ,  dan lain-lain unsur yang membentuk tulang dan sebagainya.

Begitu juga tumbuhan,  udara, planet dan alam semesta yang terdiri daripada unsur-unsur atom tersendiri.

Menariknya untuk diketahui ialah unsur-unsur atom terdiri daripada 7 lapisan aras tenaga atau 7 petala bagi awan elektronnya yang mengelilingi nukleus atom sama bilangan aras petala sepertimana 7 lapisan bumi dan 7 lapisan langit.

Firman Allah swt:

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua hari(masa); dan Dia wahyukan kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
(As Sajdah, 41: ayat 12)

Dalam jadual berkala kimia unsur atom, petala disebut sebagai kala. Jadual berkala kimia terdiri daripada 7 kala @ petala dan 18 kumpulan. Bermula daripada unsur yang mula-mula iaitu H (kala 1 kumpulan 1) hingga unsur Uuo (kala 7 kumpulan 18). Semua atom unsur benda ditunjukkan dalam jadual berkala kimia.

Mari lihat surah al Fatihah, surah al Fatihah dinamakan Ummul Kitab ertinya Ibu Kitab(Quran) . Permulaan Al Quran @ surah,  iaitu surah al Fatihah(الفاتحة), al Fatihah  bermaksud pembukaan. Menariknya surah al Fatihah(الفاتحة) terdiri daripada 7 ayat dan perkataan الفاتحة itu sendiri terdiri daripada 7 huruf (ا ل ف ا ت ح ة).

Angka 18 pula melihat kepada bilangan surah ialah surah al Kahfi surah yang ke 18 iaitu surah yang berada di tengah di dalam al Quran, yang disebut di dalam hadis hendaklah selalu 'dibaca' dan diambil panduan pengajaran daripada surah ini pada akhir zaman atau menjelang kiamat.

Menarik untuk diperhatikan pada surah 18 : selepas ayat 36(18:36) iaitu ayat ke 37 memperihalkan proses kejadian manusia. Firman Allah swt:

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْراً مِّنْهَا مُنقَلَباً

Dan aku tidak fikir, hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini
(18:36)

قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ
مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلاً

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki
(18:37)

Melihat ayat di atas dikaitkan dengan nisbah berat proton di bandingkan elektron.
Nilai lebih tepat nisbah berat proton di bandingkan elektron ialah melebihi 1836 dan proses kejadian manusia diterangkan selepas ayat 36(18:36) iaitu ayat ke 37. Pada ayat ke 37 juga terdapat perkataan proton dibaca terbalik dalam perkataan minturabi مِن تُرَابٍ bermaksud dari tanah. Dalam bahasa arab ب bersamaan dengan huruf P:  ب ا ر ت ن  proton daripada perkataan minturabi ٍمِن تُرَاب .

Nisbah berat proton dibanding elektron lebih daripada 1836 (1836.15 )bersamaan dengan surah dan ayat(18:36 dan 18:37)

Berat : proton/elektron = 1836.15

Kemudian pada ayat 39 (18:39) terdapat perkataan neutron. Angka1839 ini adalah nisbah berat neutron dibandingkan dengan elektron berdasarkan berat masing-masing berdasarkan ilmu sains kimia fizik. Menariknya nisbah berat 1839  bersamaan dengan surah dan ayat (18:39). Subhanallah.

Firman Allah swt:

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kala engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu
(18:39)

Ajaibnya pada ayat berkenaan terdapat perkataan 

neutron ن ت ر ن  daripada perkataan إِن تُرَنِ pada ayat di atas.

Subhanallah, Allah swt yang maha agung yang telah menurunkan kitab suci Al Quran di dalamnya terkandung berbagai keajaiban dan tanda keagunganNya.

Wallahua'lam

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Atom
2011-06-23.
3. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Proton-to-electron_mass_ratio
4. http://physics.nist.gov/cgi-bin/cuu/Value?mpsme
5. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Periodic_table
http://www.ptable.com/

No comments:

Post a Comment