Wednesday, 10 December 2014

TAUFAN HAGUPIT, TAUFAN HAIYAN DAN SURAH AL MURSALAAT

Taufan Hagupit yang melanda Filipina pada 7 /12/2014, merupakan taufan ribut yang terkuat pada tahun ini yang kelajuannya mencapai hingga  220 km/jam menyebabkan bumbung kediaman diterbangkan, pokok-pokok tercabut dan terdapat sesetengah kawasan ditenggelami banjir.

Walau bagaimanapun, kerajaan tempatan Filipina telah mengambil langkah awal  dengan pantas melakukan usaha pemindahan besar-besaran dengan setengah juta orang bagi mencari tempat perlindungan sebelum tibanya Taufan Hagupit .

Tahun lalu super taufan dikenali Haiyan juga melanda Filipina pada 7 /11/2013, yang mengakibatkan lebih 7,350 orang mati atau tidak dapat dikesan. Haiyan adalah ribut paling kencang pernah membadai kawasan daratan iaitu pada kelajuan 315 kilometer sejam dan menyebabkan ribut tsunami pada tahun lalu. Belumpun penduduknya reda trauma daripada taufan Haiyan kini datang pula taufan Hagupit datang membadai.

Kembali kepada kejadian taufan Hagupit dan Haiyan dan mari lihat fenomena ini di dalam Al Quran berkenaan taufan berkenaan.

Surah al Mursalaat bermaksud angin yang bertiup. Surah al Mursalaat mengandungi 50 ayat. Maksud ayat-ayat 1-7 Surah al Mursalaat ( Terjemahan Tafsir Al Quran Karim- Prof. Dr. H. Mahmud Yunus ) :

1. Demi angin yang bertiup berturut-turut
2. Demi badai yang keras
3. Demi angin yang menebarkan awan
4. Demi yang membezakan (hak dan batil)
5. Demi yang menurunkan peringatan
6. Untuk minta uzur(keampunan bagi orang beriman) atau peringatan(bagi orang- orang kufur)
7. Sesungguhnya apa- apa yang dijanjikan kepadamu akan menjadi kenyataan

Ajaibnya melihat maksud ayat 7 bersamaan dengan tarikh kejadian taufan Haiyan iaitu 7/11/13 yang mengakibatkan lebih 7,350 orang mati atau tidak dapat dikesan. Begitu juga dengan tarikh berlakunya taufan Hagupit pada 7/12/14. Menarik lagi dilihat maksud ayat ke 3 - Demi angin yang menebarkan awan bersamaan dengan tarikh pembentukan taufan Haiyan tahun lepas 3/11/13.

Subhanallah tanda-tanda (peringatan) peristiwa akhir zaman tersebut suatu keajaiban mirip(disebut) di dalam al Quran.

Terjemahan al Quran (lain) maksud surah al mursalaat ayat 1-7 :

1. Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
2. Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
4. Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
5. Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
6. Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka;
7. (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (kiamat) tetap berlaku.

Melihat terjemahan al Quran al Karim(Amazing 33 Panduan al Quran Untuk Hidup Anda)  menterjemahkan (makhluk-makhluk) dengan (malaikat- malaikat) bagi ayat 1-7, namun pada bahagian nota kakinya menyebut perkataan (malaikat- malaikat) sebahagian mufasir  mengertikannya dengan angin.

Wallahua'lam

Rujukan:

1. Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(1992)
2. Al Quran al Karim: Amazing 33 Panduan al Quran Untuk Hidup Anda
3. http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/TaufanHaiyanyangterkuatdidunialandaFilipina/Article/?mutakhir
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Taufan_Haiyan

No comments:

Post a Comment