Monday, 1 December 2014

KEKUATAN LUARBIASA SUTERA LABAH-LABAH

SIFAT LUARBIASA SUTERA LABAH-LABAH

Meneliti ayat saintifik dalam surah al Ankabut.

Firman Allah swt bermaksud:

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan wali-wali(benda-benda yang lain )dari Allah swt sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang/rumah yang selemah-lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
(Al Quran: Surah al Ankabut,29:41)

Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(Surah al Ankabut,29:43)

Daripada ayat-ayat di atas Allah swt memberikan perumpamaan/misalan tentang sesuatu itu, supaya manusia menjadi mereka yang berilmu dan berfikir atas setiap kejadian yang Allah swt  ciptakan itu, bahkan pula ianya disebut di dalam Al Quran menunjukkan tingginya nilai sesuatu itu.

Surah al Ankabut bermaksud labah-labah dan ayat berkenaan menceritakan tentang sarang/tempat perlindungan labah-labah.

Misalan sarang labah-labah yang saiz tali suteranya amat halus 1/1000mm, memang benar adalah selemah sarang. Namun menurut kajian saintis kekuatan  sutera labah-labah bagi saiz ketebalan yang sama dengan keluli, kekuatan sutera labah-labah 5 kali lebih kuat daripada besi keluli, ianya amat ringan dan sangat anjal. Bersesuaian dengan ayat 43 bermaksud:

"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya".

Bersesuaian dengan ayat 41 yang menceritakan tentang sarang/tempat perlindungan labah-labah, kini campuran sutera labah-labah(biosteel)  banyak digunakan sebagai bahan perlindungan keselamatan kerana kekuatan dan keanjalannya seperti kegunaannya dalam baju kalis peluru, payung terjun, beg udara(airbag), tayar kereta lumba, dll.

Di peringkat permulaan saintis menghadapi kesukaran, terbatas dalam mendapatkan sutera labah-labah. Pembiakan koloni labah-labah bagi menghasilkan labah-labah dalam kuantiti yang banyak tidak berjaya kerana labah-labah saling membunuh.

Pada tahun 2000, akhirnya saintis berjaya menghasilkan sutera labah-labah secara komersial melalui susu kambing yang dikenali biosteel melalui suntikan genetik sutera labah-labah ke dalam embrio kambing.

Para saintis di Nexia Biotechnology Inc. di Kanada berjaya menghasilkan sutera labah-labah (biosteel) 1-2 g perliter susu  daripada susu kambing untuk tujuan komersial tersebut.

Biosteel ini kekuatannya adalah lebih kuat daripada besi.

Ahli fizik menganggarkan sutera labah-labah yang mempunyai ketebalan sebatang pen mampu menahan kapal terbang Boeing 747 yang sedang bergerak pada kelajuan 1,080 km/jam. Ini perumpamaan yang menunjukkan kekuatan yang dimiliki sutera labah-labah.

Antara lain ciri-ciri biosteel adalah:

1. 5 kali lebih kuat daripada besi keluli -
kekuatan proteinnya (amino acid glisina dan analina dalam bentuk kristal dan amorfus dengan kehadiran ikatan hidrogen)
2. Boleh diregang sehingga 40 % tanpa putus atau kehilangan integriti strukturnya
3. Tidak kering atau rapuh di makan masa kerana sifat higroskopik
4. Imun dari kerosakan yang disebabkan oleh mikrob atau fungal disebabkan keasidannya iaitu pH = 4
5. Kalis air, tidak berkarat atau reput
6. Jauh lebih ringan daripada besi
7. Sesuai dengan tubuh badan mannusia

Bagi aplikasi perubatan biosteel memberi manfaat besar bagi menggantikan besi dalam pembuatan injap jantung, prostesis lutut dan pinggul, kerana besi memberi kesan sampingan kepada kesihatan tubuh badan manusia.

Kini saintis cuba menghasilkannya pula melalui suntikan gen labah-labah pada tumbuhan seperti alfalfa bagi tujuan komersial.

Segala ciptaan yang Allah jadikan di muka bumi ini adalah dengan kehendak,  ketentuan dan takdirNya. Bersyukur kepada Allah swt atas segala anugerah nikmatNya yang tidak terhingga.

Wallahua'lam

Rujukan:

1.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus
2. http://m.harunyahya.com/en/Daily-Comments/37098/new-research-in-pursuit-of
3. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Spider_silk
4. http://www.nsf.gov/news/special_reports/science_nation/spidersilk.jsp


No comments:

Post a Comment