Saturday, 29 November 2014

PENGENALAN/PERMULAAN BAHASA ARAB

PENGENALAN/PERMULAAN BELAJAR BAHASA ARAB

Perkataan (Kalimah) dalam bahasa Arab terbahagi kepada 3:

1) Isim (Kata Nama)
2) Fi’il (Kata-kerja)
3) Huruf (Preposition)

Isim (الإسم) atau kata nama pula dibahagikan kepada 2 bahagian:

Pertama: Muzakkar (مُذَكَّر) = Lelaki

Kedua: Muannas (مُؤَنَّث) = Perempuan

Pertama:

Isim Muzakkar (الاِسْمُ المذكَر)
– iaitu kata nama (isim) yang menunjukkan lelaki daripada segi lafaz dan makna yang mana boleh kita gandingkan isim ini dengan هذَا (ini).

Muzakkar terbahagi kepada dua:

1) Muzakkar Lafziyy (مُذَكَّر لَفْظِيّ)
 - contoh: مُحـَمَّد (Muhammad), عَادِل (Aadil)

2) Muzakkar Ma’nawiyy (مُذَكَّر مَعْنَوِيّ)
- contoh: حَـمْزَة (Hamzah),أُسَامَة (Usamah), طَلْحَة (Thalhah),مُعَاوِيَة (Muawiyah)

Kedua:

Isim Muannas (الاِسْمُ المؤنَث)
– Kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan, boleh kita gandingkan isim ini dengan هذِهِ (ini).

Tanda-tanda perempuan (عَلامَاتُ التَأْنِيْث) pada kata nama ialah:

1) Tanda perempuan yang paling popular ialah تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] di akhir perkataan. تاء مَرْبُوطَة , ة [taa’ marboothoh] ini ditambahkan kepada kata nama lelaki dan kata sifat (adjektif) untuk menjadikannya perempuan.

Contohnya:

a)  طالِب   ←  طالِبَة
Thoolib (Pelajar Lelaki) → Thoolibah (Pelajar Perempuan)

b) مُحَاضِر  ←  مُحَاضِرَة
Muhaadhir (Pensyarah Lelaki)  → Muhaadhirah (Pensyarah Perempuan)

c)  كَاتِب ←  كَاتِبَة
Kaatib (Kerani Lelaki) → Kaatibah (Kerani Perempuan)

*Sifat yang khas bagi wanita tidak bersambung dengan taa’ marboothah seperti حَائِض (perempuan berhaid), طَالِق (perempuan kena cerai), ثَيِّب (janda). Kita tak perlu sebut dengan menambah taa’ marboothah seperti ini: حَائِضَة, طَالِقَة, ثَيِّبَة .

*Tetapi ada juga didengar perkataan  مُرْضِعَة (Perempuan yang menyusukan) ditambah taa’ marboothah pada hujung perkataan sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran.

2) Alif Maqsuurah (ألِف المقْصُوْرَة), iaitu ya yang tiada titik (ى) : seperti: لَيْلَى (Layla), سَلوَى (Salwa), نَـجْوَى (Najwa)

3) Alif Mamdoodah (ألِف الـمَمْـدُوْدَة), iaitu yang berakhir dengan alif mad/alif panjang serta diikuti dengan huruf hamzah, seperti: أَسمَاء (nama-nama), صَحْرَاء (padang pasir), سَمَاء (langit).

* Walau bagaimanapun, untuk menentukan gender satu-satu perkataan dalam bentuk itu (Alif Maqsuurah & Alif Mamdoodah), anda hendaklah merujuk kepada kamus atau bertanya kepada guru.

* Semua nama tempat kampung, bandar, negara dan lain-lain dianggap berjenis perempuan (مؤنث) .

Contoh: مَدْيَنُ ‘Madyan’, مَكَّةُ ‘Makkah’, يَثْرِب ‘Yasrib’, dll.

* Semua benda yang berjumlah sepasang dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: عَيْنٌ (mata), يَدٌ  (tangan), نَعْـل ‘sandal’,  رِجْل (kaki),  أذُن (telinga) dll..

* Semua benda selain manusia, apabila dalam bentuk jamak (plural) iaitu jamak taksir (broken plural), ia dianggap berjenis perempuan (مؤنث).
Contoh: كُـتُـبٌ ‘buku-buku’, بُـيُـوتٌ ‘rumah-rumah’.

Bahagian-bahagian Muannas
Muannas daripada segi makna terbahagi kepada 2:

1) Muannas Haqiqiyy (مُؤَنَّث حَقِيْقِيّ) : digunakan ke atas semua yang beranak dan bertelur, seperti  اِمْرَأَة (orang perempuan), غُلاَمَة (budak perempuan), نَاقَة (unta betina), بَقَرَة (lembu betina) .

2) Muannas Majaziyy (مُؤَنَّث مَجَازِيّ) : digunakan ke atas semua yang tidak beranak atau bertelur, seperti  مَكْتَبَة  (perpustakaan), أُسَامَة (Usamah), دَار (rumah),صَحِيْفَة (suratkhabar), شَمْس (matahari)

Munnas daripada segi lafaz terbahagi kepada 3:

1) Muannas Lafziyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ):

Kata nama (isim) yang bersambung di akhirnya dengan salah satu tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأنِيْث) [alaamah at-ta’nist iaitu التاء المربوطة والألف المقصورة والألف الممدودة ] seperti: طَلْحَة (Thalhah), حَمْزَة (Hamzah), زكَرِيَّاء (Zakariyya’).

Perkataan-perkataan ini menunjukkan lelaki, Cuma daripada segi lafaz sahaja ia muannas.

Apabila nak buat ayat, kena pakai hukum lelaki seperti contoh:
             حَمْزَة يَذْهَبُ إِلَى الجَامِعَة  
                    (Hamzah pergi ke universiti itu).

2) Muannas Ma’nawiyy (مُؤَنَّث مَعْنَوِيّ):

Iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan meskipun ia tidak mempunyai tanda perempuan (عَلاَمَة التَّأْنِيْث) seperti:

سُعَاد (Su’aad), هِنْدٌ (Hindun), شَمْس (matahari),  رِجْل  (kaki), مريم (Maryam). Bentuk ini memakai hukum Muannas Haqiqiyy, iaitu hukum perempuan, seperti هَذِهِ رِجْل  (Ini kaki), طَلَعَتْ الشِّمْسُ  (Telah terbit matahari).

3) Muannas Lafziyy Ma’nawiyy (مُؤَنَّث لَفْظِيّ مَعْنَوِيّ):

Iaitu semua kata nama (isim) yang menunjukkan perempuan yang ada padanya salah satu tanda perempuan, seperti: صَفِيَّة (Safiyyah), شَيْمَاء (Shaima’), سَلْمـَى (Salma).

http://alarabiyyahusm.blogspot.com/2012/04/isim-muzakkar-wal-muannas.html?m=0

Monday, 24 November 2014

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU (AL QURAN)

KELEBIHAN MEMPELAJARI ILMU (AL QURAN)

Daripada Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa satu hari Baginda Rasulullah saw telah bersabda kepadaku:

Wahai Abu Zar sepagi kamu mempelajari satu ayat daripada Kitab Allah adalah lebih baik daripada kamu bersolat sunat seratus rakaat dan jika kamu mempelajari satu bab daripada Kitab Allah adalah lebih baik daripada kamu bersolat sunat seribu rakaat.

( Hadis Riwayat : Ibnu Majah)

Thursday, 20 November 2014

MADU LEBAH : ISTIMEWA UNTUK KESIHATAN MANUSIA


Madu Lebah Asli – Pembekal Tenaga Segera Dan Membunuh Virus/Bakteria

Lebah juga istimewa kerana serangga ini bukan hanya disebutkan di dalam Al-Qur’an tetapi dijadikan nama surah di dalam  Al-Qur’an, Surah An Nahl(bermaksud lebah).

Allah SWT berfirman bermaksud :

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.
(Surah an-Nahl: ayat 68 - 69)

Maksud wahyu dalam ayat di atas ialah ilham iaitu Allah mengilhamkan(wahyu) kepada lebah.

Di dalam Al Quran perkataan memberi wahyu digunakan untuk para Nabi/Rasul a.s., Maryam ibunda Nabi Isa a.s. dan lebah. Namun maksud wahyu bagi Maryam dan lebah di sini bermaksud ilham. Perkataan ' wahyu' itu menunjukkan betapa tingginya nilai sesuatu itu bagi manusia.

Kandungan Nutrisi Madu Lebah

Analisis peratus molekul dalam kandungan madu lebah adalah seperti berikut:

Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3% , Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1% Air: 17.2% ,Gula lain: 1.5% , Lain-lain: 3.2%

Manakala dari segi ketumpatannya, madu lebah mempunyai ketumpatan 36% lebih tumpat daripada air. Madu lebah mengandungi beberapa Mineral di dalamnnya iaitu:

Kalsium (Ca), Phosphor (P), Sulfur, Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Karbon, Riboflavin, Kalium, Ferum, Zink, klorin, iodin, kuprum, silika dll. Madu lebah mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B kompleks, C dan E.

Persoalan, mengapakah Madu lebah membekalkan tenaga segera jika dibandingkan dengan makanan lain?

Ini adalah kerana purata kandungan jumlah gula paling ringkas monosakarida(Fruktosa: 38.2% dan Glukosa: 31.3%), dalam madu lebah iaitu menghasilkan sebanyak ~ 70 % .

Kandungan gula paling ringkas monosakarida yang banyak ( ~70 %) ini, secara langsung membekalkan tenaga segera untuk sebarang aktiviti. Penukaran gula(kompleks) kepada gula paling ringkas (monosakarida) ini sebenarnya telah dilakukan melalui air liur lebah.

Berbeza dengan gula ringkas(kompleks disakarida) yang sedikit jumlahnya di dalam madu lebah (Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1%) hanya ~ 9 % perlu menjalani tindabalas kimia yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida glukosa dan fruktosa sebelum digunakan untuk tenaga bagi sebarang aktiviti.

Gula harian biasa yang dimakan iaitu sukrosa adalah gula ringkas(kompleks disakarida) yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida sebelum digunakan untuk tenaga .

Ini memberatkan kerja proses kimia dan fisiologi di dalam badan berbeza dengan manisan madu lebah asli yang kaya dengan gula paling ringkas monosakarida
( Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%) iaitu sebanyak ~ 70 % yang terus membekalkan tenaga.

Oleh itu madu lebah terkenal kegunaannya sebagai pemulih tenaga dan saraf.

Kajian telah menunjukkan bahawa bakteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu lebah. Ini disebabkan oleh faktor zat mineral Kalium di dalam madu yang menghisap lembapan dari bakteria yang penting untuk kehidupan.

Dari Abu hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibn Majah)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah saw bersabda:

"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."

Di dalam kitab Tibbun Nabawi
(Ibn Qayyim) menyebutkan pantang larang penggunaan madu lebah :

Dilarang sama sekali memakan buah tembikai/timun cina bersama-sama dengan madu kerana boleh membawa bahaya/maut.Mungkin hasil tindakbalas kimia daripada percampuran dua bahan tersebut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Wallahua'lam


Rujukan :

1.Al Quran dan Terjemahan
2.Zabidi H. Nawawi: Perubatan Nabawi Dan Perubatan Tabi’e; Pustaka Muda,1998
3.Dr Abdul Karim Najib al khatib: Madu Lebah Ubat Yang Turun Bersama Wahyu; Pustaka Ilmi,1994
4.Ibn Qayyim : Tibbun Nabawi
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Honey
6.http://en.wikipedia.org/wiki/Glucose
7.http://en.wikipedia.org/wiki/Sucrose



Wednesday, 19 November 2014

LABAH-LABAH TERBANG DI UDARA

LABAH-LABAH TERBANG HINGGA BERATUS KILOMETER

LABAH-LABAH adalah spesis araknid yang berbeza daripada serangga lain,  jika diperhatikan segmen anggotanya hanya dibahagikan kepada 2, kepala dan badan(abdomen).

Firman Allah swt bermaksud:

Misal bandingan orang-orang yang menjadikan wali2(benda-benda yang lain )dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang/rumah yang selemah-lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
(Al Quran: Surah al Ankabut,29:41)

Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(Surah al Ankabut,29:43)

LABAH-LABAH adalah istimewa kerana bukan sahaja ia disebut di dalam al Quran tetapi juga dijadikan Allah satu surah yang dinamakan surah al Ankabut(bermaksud labah2)

Bagaimana labah2 mampu terbang di udara?  Menurut kajian saintis labah2 mampu terbang dengan menggunakan tali sutera labah2 yang saiz setiap talinya(1/1000)mm amat tipis, ringan dan bercas negatif yang ada kesan tarikan elektrostatik dengan cas positif di atmosfera/udara.

Dengan menembak beberapa tali sutera ke atmosfera/udara melalui abdomennya,  ini membentuk daya paracut/payung terjun secara elektrostatik antara tali sutera dan cas positif atmosfera/udara, membolehkan labah2 terbang di udara sehingga beratus kilometer.

Antara ciri2 istimewa lain berkaitan sutera labah2:

1. Sutera labah2 5 kali lebih kuat daripada besi keluli bagi ketebalan saiz yang sama
2. Lebih anjal daripada getah dan boleh diregangkan sehingga 4 kali ganda
3. Amat ringan jika ukurlilit bumi menggunakan sutera labah2 hanya perlukan seberat 320g
4. Sifatnya yang anjal dan kuat seperti kevlar fiber yang digunakan dalam baju kalis peluru, payung terjun dll
5. Sutera labah2 tahan lama
6. Banyak aplikasi digunakan dalam teknologi ketenteraan dan perubatan

Allah yang maha kuasa  menjadikan manfaat setiap sesuatu perumpamaan itu  bagi manusia supaya diperhati, dikaji dan direnungkan ciptaanNya.
Melihat kembali ayat tersebut sarang labah2 memang selemah sarang tapi bagi sekian bandingan yang amat tipisnya tali sutera sarangnya (1/1000)mm. Dilanjutkan ayat 43 seterusnya yang bermaksud :

Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(surah al Ankabut,29:43)

Wallahua' lam

1.Al Quran
2.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus
3.http://m.harunyahya.com/en/Articles/172979/the-mystery-is-solved-how
4.http://m.harunyahya.com/tr/Books/985/The-Miracle-In-The-Spider/chapter/3751/The-Miracle-of-Silk
5.http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ballooning_(spider
6.http://www.newscientist.com/article/dn9536-how-do-spiders-travel-such-epic-distances.html#.VGyae0URX1p


PENAFSIRAN QURAN DAN SUNNAH BERDASARKAN TINGKATAN SIFATNYA

Tingkatan Hukum Mengikut Tingkatan Dalam Sunnah:
Samada Bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.

Dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat qatÊiyyah merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tanpa boleh ditakwilkan.

Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: „Setiap lima ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biribiri.

Manakala mengenai status dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran.

Antara contohnya seperti sabda Rasulullah s.a.w: „Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah (daripada) al-Quran. Lafaz „tiada dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna.

Justeru itu, bagi golongan SyafiÊiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah.

Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna.

Begitu juga dengan penafsiran al Quran,  dalilnya juga bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.

Bacaan yg lebih lengkap pdf file boleh download/visit di:

http://lms.oum.edu.my/e-content/ABSF2103/content/13105833Topik6Sumber_sumberHukumIslamyangDisepakati_al-QurandanSunnah.pdf

Tuesday, 11 November 2014

MANUSIA TERBANG PADA AKHIR ZAMAN

Surah al Qari'ah:

al Qari'ah bermaksud hari menggemparkan(Malapetaka yang mengetuk hati)

al Qari'ah: ayat 4 -  Ayat saintifik/petanda yang diperhatikan-petanda manusia boleh terbang pada akhir zaman mungkin dengan wujudnya kapal terbang,  helikopter dsbgnya @lain2 pada masa akan datang .

al Qari'ah: ayat 5 - letusan gunung berapi memuntahkan segala debu, lahar dan wap panas

Mari lihat maksud Surah al Qari'ah:

[1] Hari yang menggemparkan,

[2] Apa dia hari yang menggemparkan itu?

[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedasyatan hari yang menggemparkan itu? -

[4] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

[5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

[6] Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

[7] Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

[8] Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

[9] Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”

[10] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?

[11] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar

TERJEMAHAN INDONESIA:

1.  Hari Kiamat,
 
2.  apakah hari Kiamat itu?
 
3.  Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
 
4.  Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang bertebaran,
 
5.  dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
 
6.  Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,
 
7.  maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
 
8.  Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
 
9.  maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
 
10. Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
 
11 (Yaitu) api yang sangat panas


TERJEMAHAN QURAN (ENGLISH):

1. The (Day) of Noise and Clamour:
 
2. What is the (Day) of Noise and Clamour?
 
3. And what will explain to thee what the (Day) of Noise and Clamour is?
 
4. (It is) a Day whereon men will be like moths scattered about,
 
5. And the mountains will be like carded wool.
 
6. Then, he whose balance (of good deeds) will be (found) heavy,
 
7. Will be in a life of good pleasure and satisfaction.
 
8. But he whose balance (of good deeds) will be (found) light,-
 
9. Will have his home in a (bottomless) Pit.
 
10. And what will explain to thee what this is?
 
11. (It is) a Fire Blazing fiercely!

Rujukan:
Al Quran dan Terjemahan

ZAMAN NABI SULAIMAN A.S. DAN ZAMAN KINI

 PERJALANAN PANTAS PADA ZAMAN NABI SULAIMAN AS


Terjemahan Surah Saba (34 ), ayat 12 bermaksud:

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.

# kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan....-mungkin merujuk kepada kapal terbang @pesawat supersonik

#mata air dari tembaga - setengah pendapat cendekiawan mengatakan mungkin merujuk kpd maksudnya petroleum(bendalir) mungkin juga aliran elektrik/elektron menggunakan konduktor terbaik tembaga

Boleh juga ditafsirkan petroleum dialir kepada tangki pesawat terbang supersonik.

Jadi ayat 12 surah Saba mungkin menerangkan pengangkutan pesawat terbang supersonik dan penggunaan elektrik/elektronik pada zaman Nabi Sulaiman a.s.

Wallahua'lam.

Rujukan: Al Quran dan Terjemahan

TURUNNYA NABI ISA A.S. PADA AKHIR ZAMAN, HIKMAH/MUKJIZAT AL QURAN SEBAGAI PETUNJUK DAN AL MAHDI

Lebih 1400 tahun yang lalu al Quran diturunkan dan sejak kejatuhan Khalifah Islam Othmaniah umat Islam dibelenggu pemikiran, ilmu dan kemajuan. Al Quran itu tidak diterjemah dalam kehidupan seseorang muslim, masyarakat dan negara. Menurut Prof. Dr. H. Mahmud Yunus(Tafsir Quran Karim) setengah2 umat hari ini juga sepertimana umat Yahudi dahulu sepertimana ayat 5, surah Al-Jumuah.

Keterangan ayat 5, hal. 829, surah Al-Jumuah :

" Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat (untuk difahami, diamalkan, dilaksana dan hikmahnya) , kemudian mereka tiada memikulnya ( untuk difahami, diamalkan,  dan dilaksanakan) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim
(QS: Al-Jumuah Ayat: 5)

Lebih lanjut Prof. dalam menerangkan keterangan ayat diatas menjelaskan dalam tafsirnya, hal ini sama juga dengan orang2 Islam yang memegang dan menaruh Al Quran dalam rumahnya tetapi mereka tidak mengerti membacanya(memahami) dan tidak menurut peraturannya.

Terjemahan penuh ayat surah Al-Jumuah Ayat 1- 5:

يُسَبِّحُ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِ الۡمَلِكِ الۡقُدُّوۡسِ الۡعَزِيۡزِ الۡحَكِيۡمِ‏
ِ

Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Yang MahaRaja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
(QS: Al-Jumuah Ayat: 1)

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata
(QS: Al-Jumuah Ayat: 2)

وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
(QS: Al-Jumuah Ayat: 3)

ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Demikianlah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai kurnia yang besar
(QS: Al-Jumuah Ayat: 4)

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat ( untuk difahami, diamalkan, dilaksanakan dan hikmahnya) , kemudian mereka tiada memikulnya (difahami, diamalkan dan dilaksanakan) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim
(QS: Al-Jumuah Ayat: 5)

Nabi ISA as yang akan turun pada akhir zaman akan memimpin dan mengembalikan ajaran al Quran dan hikmahnya bagi umat Islam dan umat seluruhnya. Sepertimana diketahui antara mukjizat Nabi Isa as, Baginda boleh berkata2 kepada manusia walaupun ketika masih bayi(buaian), rohnya diciptakan daripada Kalimat daripada Allah yang diperkuatkan dengan Ruhul-Qudus(Jibril)

Al MAHDI dan ISA as:

Al Mahdi المهد dalam al Quran disebutkan sebanyak 3 kali dalam al Quran pada surah al Imran: ayat 46, al Maidah: ayat 110, Maryam: ayat 29.

Dalam ke tiga-tiga ayat berkenaan kepada siapakah perkataan Al Mahdi المهد itu ditujukan? Tidak lain ianya ditujukan/ merujuk kepada manusia yang walaupun ketika masih bayi(dalam buaian) boleh berkata2 kepada orang ramai, iaitu Nabi ISA as.

Perkataan Al Mahdi المهد terdapat pada 3 surah dan ayat berikut:

Terjemahan ayat surah al Imran, 3:ayat 46

وَيُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا وَمِنَ الصَّالِحِينَ

dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah termasuk orang-orang yang saleh

Terjemahan ayat surah al Maidah,5: ayat 110

إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْكَ وَعَلَىٰ وَالِدَتِكَ إِذْ أَيَّدْتُكَ بِرُوحِ الْقُدُسِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا ۖ ...ٌ

(Ingatlah), ketika Allah mengatakan: "Hai Isa putra Maryam, ingatlah nikmat-Ku kepadamu dan kepada ibumu di waktu Aku menguatkan kamu dengan ruhul qudus. Kamu dapat berbicara dengan manusia di waktu masih dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) di waktu Aku mengajar kamu menulis, hikmah, Taurat dan Injil, dan (ingatlah pula) diwaktu kamu membentuk dari tanah (suatu bentuk) yang berupa burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniup kepadanya, lalu bentuk itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan seizin-Ku. Dan (ingatlah) di waktu kamu menyembuhkan orang yang buta sejak dalam kandungan ibu dan orang yang berpenyakit sopak dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan seizin-Ku, dan (ingatlah) di waktu Aku menghalangi Bani Israil (dari keinginan mereka membunuh kamu) di kala kamu mengemukakan kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, lalu orang-orang kafir diantara mereka berkata: Ini tidak lain melainkan sihir yang nyata

Terjemahan ayat surah Maryam,19: ayat 29

فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ ۖ قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَنْ كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا

maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan
(QS: Maryam Ayat: 29)

Nas daripada hadis yang sangat masyur diriwayatkan daripada jalur Muhammad b Khalid al Jundi, as San'ani, al-Mu'zin guru kepada Imam Syafie yang bermaksud "....tidaklah al Mahdi itu kecuali Isa ibn Maryam". Juga hadis ini diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah.
(Ibn Kathir : Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat(Datuk Abu Hasan Din al Hafiz)

Nas daripada lain2 kitab hadis pula menyebut al Mahdi namanya seperti nama Nabi Muhammad saw, hadis yang lain juga memberikan riwayat bahawa namanya dan nama bapanya seperti nama dan bapa jujungan Nabi Muhammad saw.

Dalam meraikan perbezaan nas hadis ini Imam Ibnu Katsir menjelaskan, Al Mahdi yang sebenarnya adalah Isa ibn Maryam dan hadis tersebut pula tidaklah menafikan al Mahdi yang lainnya.

Jelas daripada petunjuk Al Quran dan hadis Al Mahdi(Great Mahdi)  yang sebenar-benarnya adalah Isa ibn Maryam dan yang lainnya juga Mahdi, kerana maksud Mahdi ialah orang yang memberi petunjuk(hidayah daripada Allah)  ke arah jalan kebaikan dunia dan akhirat.

Wallahua'lam.

Rujukan:

1.Al Quran dan Terjemahan
2.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud
3.Ibn Kathir : Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat(Datuk Abu Hasan Din al Hafiz)

SETIAP 100 TAHUN ZAHIRNYA MUJADDID


Berdasarkan fakta sejarah, kejatuhan khalifah Islamiyah terakhir ialah runtuhnya kerajaan Othmaniyah pada tahun 1923

Dan berdasarkan hadis sohih bahawa setiap 100 tahun zahirnya mujadid yg memurnikan agama dan pembaharu masyarakat.

1923 +100 = ~2023

Insya Allah sekitar tahun 2022 - 2023  khilafah islamiyah akan kembali tertegak Islam kembali gemilang memerintah dunia, sekitar 7 tahun akan datang.

3 ZAMAN KEMUNCAK TEKNOLOGI DAN KEDAMAIAN

Bermula daripada penciptaan dunia hingga hari kiamat 3 Zaman  kedamaian kemuncak kekuasaan dan teknologi yang hebat yang tunduk pada perintah Allah swt ialah pada zaman Zulkarnain as, Nabi Sulaiman as dan terakhir Nabi Isa as. Insya Allah semoga generasi kini sempat di zaman terakhir kedamaian tersebut.

Wallahua'lam...

Monday, 10 November 2014

PERBEZAAN KEKUATAN JIN DAN SEORANG YANG DIANUGERAH ILMU(KITAB)

Perbezaan kekuatan jin dan seorang yang diberi ilmu daripada Kitab Allah serta teknologi zaman Nabi Sulaiman yang mirip teknologi masakini(internet) dikisahkan dalam surah berikut:

(Surah an Naml,  27: ayat 38-40):

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".

Kisah2 Nabi Sulaiman dalam ayat2 lain:
(2:102),(21:78-82),
(27:15-44),(34:12-14),(38: 31-34)



PERBANDINGAN AGAMA DAN KEAJAIBAN AL QURAN

Dr Zakir Naik - Presiden Islamic Research Foundation - Artikel/video perbandingan antara Islam dan agama-agama lain :

http://www.irf.net

Miracles of the Quran(pdf file)  :

1.Buku - Keajaiban saintifik alQuran (Malay)
- http://ms.harunyahya.com/ms/Buku-buku/770/KEAJAIBAN-SAINTIFIK-AL-QUR%E2%80%99AN

2.Buku - Keajaiban alQuran  (Indonesia)
- http://id.harunyahya.com/id/Buku/30304/AL-QURAN-DAN-SAINS

3.Books - Miracles of the Quran volume 3 (english)
- http://www.harunyahya.com/en/Books/47517/Miracles-Of-The-Quran---volume-3

MUKJIZAT/MIRACLES OF AL QURAN - Keajaiban(Surah al Hadid-Besi)

MUKJIZAT/MIRACLES OF AL QURAN

(Al Hadid - Besi) : Keajaiban Nombor Surah
Surah al Hadid, 57: ayat 25 bermaksud:

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan baginya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Menurut sains kimia jenis2 (isotop) besi  terdiri drp bbrp jisim(berat) atom relatifnya(r.a.m.)  antaranya:

54
56
57
58
60

Purata r.a.m. bagi besi@ferum =55.58
Simbol Ferum(Jadual Berkala) = Fe

Angka 57 adalah no. surah al hadid(besi) satu2nya logam yg dinamakan utk surah dlm Al Quran.

Dan jisim atom relatif besi bagi 57 dan 58 adalah nonradioaktif isotop lainnya bersifat radioaktif.

Dlm ayat berkenaan jika diperhatikan selepas  perkataan hadid adalah huruf ف( Fa@Fe). Fe adalah simbol bagi Ferum(besi) dalam jadual berkala kimia.

...وَأَنْزَلْنَ الحَدِيْدَ فِيْهِ
فِيْهِ -bermaksud baginya @padanya

Subhanallah benar sekali ayat yg disebut dlm Quran dari sekecil2 atom hgga sebesar ciptaanNya semuanya ada dalam al Kitab

Surah Yunus, 10: ayat 61:

"...Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sekecil-kecil zarah(atom) yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata"

Rujukan :
1.Al Quran
2.Wikipedia isotop of iron
3.Chemistry periodic table
4. Web americanelements/Fe57

PENAFSIRAN QURAN DAN SUNNAH BERDASARKAN TINGKATAN SIFATNYA

Tingkatan Hukum Mengikut Tingkatan2 Dlm Sunnah:
Samada Bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.

Dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat qatÊiyyah merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tanpa boleh ditakwilkan.

Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: „Setiap lima ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biribiri.

Manakala mengenai status dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran.

Antara contohnya seperti sabda Rasulullah s.a.w: „Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah (daripada) al-Quran. Lafaz „tiada dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna.

Justeru itu, bagi golongan SyafiÊiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah.

Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna.

Begitu juga dengan al Quran,  dalilnya juga bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.

Bacaan yg lebih lengkap pdf file boleh download/visit di:

http://lms.oum.edu.my/e-content/ABSF2103/content/13105833Topik6Sumber_sumberHukumIslamyangDisepakati_al-QurandanSunnah.pdf

BESI - MANFAAT BAGI MANUSIA DAN ALAM SEMESTA

Ayat al Quran surah al Hadid:

وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

….Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia….

Surah al-Hadid,57: ayat 25.

Bumi hampir 35% kandungannya adalah besi dan kandungan terbesar ialah pada teras(perut) bumi yang mengandungi campuran besi dan nikel. Besi yang dijumpai di kerak bumi bersifat magnetik dalam campuran dengan oksida-magnetit,  hematit dll. % kandungan besi yang tinggi pada bumi adalah suatu rahmat kepada manusia kerana bumi menghasilkan medan magnetik 1000-60,000 km(Garis sabuk van allen)  di atas permukaan bumi yang menjadi pelindung daripada benda berbahaya seperti pancaran radioaktif matahari dll.

Besi juga diguna dalam industri pembuatan. Campuran besi,  carbon,  silikon dll logam menghasilkan besi waja bagi pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia. Dalam ayat al Quran disebutkan perkataan

وَأَنْزَلْنَا ...
Waanzalna...

bermaksud Kami turunkan, menurut kajian saintis besi tidak boleh dicipta kerana untuk menciptakan memerlukan pemanasan beratus juta darjah celcius dan besi juga tidak diciptakan dalam sistem galaksi bima sakti kita kerana suhu matahari hanya mencapai sekitar puluh juta darjah celcius. Jadi dari mana datangnya besi,  seperti ayat di atas besi diturunkan. Maksud diturunkan di sini ialah besi datang dari sistem luar daripada sistem matahari kita iaitu daripada bintang yang lebih panas yang mengalami letusan supernova dan bertaburan meteorid, asteroid dll. Jadi meteor2 yang memasuki atmosfera bumi adalah kandungan besi dan nikel.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman langit dan bumi dicipta dalam '6 masa' pemisahan langit dan bumi(Big Bang Teori) .  Kajian saintis pembentukan bumi,  planet, sistem suria dll daripada letusan supernova (Big Bang Teori) .

Dan bumi satu2nya planet yang mempunyai sifat magnetik yang tinggi yang menjadi perlindungan kehidupan di atas bumi manakala planet lain sebahagian besar tidak mempunyai sifat magnetik tersebut. Bersyukurlah kepada Allah swt atas rahmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Namun perlindungan sabuk van allen tidak lama kerana saintis telah menemukan ada sabuk garis van allen ada yang musnah akibat badai matahari. Dengan kata lain bila banyak magnetik bumi dimusnahkan dunia akan menuju hari kiamat - hari musnahnya alam kehidupan.

Sumber:
1.Al Quran
2.Besi-wikipedia bahasa melayu

3.http://id.harunyahya.com-Rahsia Besi

4.Sabuk radiasi van allen - wikipedia bahasa indonesia



AL QURAN KALAMULLAH

AL QURAN KALAMULLAH

Al Quran adalah Kalam Allah , segala firman - huruf, ayat dan makna selain memberikan panduan hukum-hukum Islam juga mempunyai mukjizat yang perlu diteliti daripada segala sudut ilmu pengetahuan sepertimana firman di dalam Al Quran yang bermaksud:

"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna fikiran beringat(sebagai jalan) mengambil pengajaran".

(Surah as-Sod, 38 : ayat 29)

Bandingan ilmu yang Allah beri kepada manusia ibarat setitis air dari seluruh lautan betapa luasnya ilmu Allah swt, kalam Allah adalah firman daripada Allah swt merupakan mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad saw. Mukjizat Baginda saw yang lain tidak kekal setelah wafatnya Baginda saw melainkan Al Quran kekal sehingga akhir zaman dan diangkat ke langit sebelum kiamat, musnahnya alam dunia.

MIRACLES OF AL QURAN - Keajaiban(Matahari)

MIRACLES OF AL QURAN

(Ash-Syams- Matahari) :
Surah Ash- Syams,91 : ayat 1-15

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦) وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠) كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَٮٰهَآ (١١) إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَٮٰهَا (١٢) فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَـٰهَا (١٣) فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّٮٰهَا (١٤) وَلَا يَخَافُ عُقۡبَـٰهَا (١٥)'' 

Ayat 1:
[1]Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
.......

MENARIKNYA SUSUNAN AYAT

Kata Ash-Syams  bermaksud matahari. Menurut kajian sains matahari sepertimana bumi  mempunyai sifat magnetik kerana % besi(Ferum)  ke 5 terbanyak % komposisi dalam matahari. Komposisi terbanyak adalah Hidrogen(H) ~ lebih 70% , Helium(He) ~ lebih 20%, Oksigen(O) ~1%, Karbon(C)  ~ 0.3%, Ferum(Fe)  ~ 0.2%, dll.

Jika diperhatikan huruf akhir setiap ayatnya (1-15) adalah sama Ha@He (هَا...)

Menurut kajian sains bagaimana matahari menghasilkan cahaya terang benderang kerana setiap saat berjuta ton Hidrogen(H) diurai menjadi Helium(He) dalam plasma matahari dalam medan magnet.

Diperhatikan perkataan وَضُحَٮٰهَا adalah daripada gabungan وضح (terang/cahaya) dan هَا(baginya/dia). حها...H-He ayat 1,  menunjukkan proses penguraian merujuk Hidrogen(H) kepada Helium(He) yang menghasilkan cahaya dalam plasma medan magnet matahari dan bersesuaian dengan maknanya terang benderang baginya.

Subhanallah betapa saintifiknya ayat al Quran disebalik huruf dan ayat-ayatNya tersembunyi keajaiban yang perlu diperhatikan. Jika dilihat lagi حها...H-He ayat 1, bilangan proton H adalah 1 dan jisim/berat atom H juga 1 dalam jadual berkala kimia. Semua ayatnya akhiran huruf He bermaknanya setiap saat H menjadi He...(H...e - He) .

Wallahua'lam

Rujukan :
1.Al Quran
2.Matahari - Wikipedia bahasa melayu
3.Chemistry periodic table
4.Matahari - Wikipedia bahasa indonesia
5.Helium - Wikipedia bahasa indonesia



FENOMENA MATAHARI MENAKJUBKAN

FENOMENA MATAHARI MENAKJUBKAN

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Apabila matahari digulung,
(QS: At-Takwiir Ayat: 1)

وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ
dan apabila bintang-bintang berjatuhan,
(QS: At-Takwiir Ayat: 2)

وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ
dan apabila gunung-gunung dihancurkan,
(QS: At-Takwiir Ayat: 3)

Penjelasan ayat 1:

dalam ayat 1 كُوِّرَتْ berasal daripada kata  كَوَّرَ yang menurut kamus bahasa Arab bermaksud :

كَوَّرَ -
menggulung, melingkar, melilit, menggumpal bulat.

كُوِّرَتْ
menurut nahu bahasa Arab  kata tersebut adalah fiil majhul madhi(muannas) daripada  كُوِّرَ  yang bermaksud perbuatan/kejadian matahari digulung@dilingkari@dililiti

Apakah ayat 1 ini juga bermaksud  seperti berikut:

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Apabila matahari dilingkari(lilitan bulat) dalam cahaya pudar
(QS: At-Takwiir Ayat: 1)

Antara terjemahan merujuk dalam al Quran ayat 1 surat tersebut bermaksud berikut:

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)

FENOMENA HALO(CINCIN)  MATAHARI

Apakah antara maksud ayat tersebut adalah merujuk FENOMENA HALO(CINCIN)  MATAHARI
yang berlaku beberapa tahun yang lepas di seluruh dunia di Malaysia bermula tahun 2007 diikuti tempat2 lain,  2009,2011,2012,2013. Penulis sendiri berkesempatan melihat fenomena halo matahari yang indah dan menakjubkan tersebut.

Kemudian dunia digemparkan peristiwa meteor bercahaya yang menghentam bumi Rusia pada tahun 2013 mirip seperti ayat 2 diatas. Kemudian kerapnya berlaku letusan gunung berapi.

Semoga dengan membaca ayat2 Al Quran menjadikan kita lebih insaf dengan peristiwa2 akhir zaman.

Wallahua'lam.


Rujukan

Al Quran
Wikipedia-Halo matahari@Sundog@Parhelion

    




MIRACLES OF AL QURAN

MIRACLES OF AL QURAN

Mukjizat al Quran bukan sahaja diakui oleh manusia tetapi turut diakui keajaibannya oleh para jin sepertimana firman Allah swt :

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

.....عَجَبًا
bermaksud menakjubkan@ajaib

(Surah Al Jin, 72: 1)

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul(petunjuk), lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

....الرُّشْدِ
bermaksud betul@ petunjuk

(Surah Al Jin, 72: 2)

RAHSIA BESI PADA ALAM

RAHSIA BESI PADA ALAM

Besi(al Hadid) dalam penghasilan elektrik:

....وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

….Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu )untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-RasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Surah al-Hadid,57: ayat 25

Besi yang dijumpai dalam kerak permukaan bumi sebanyak ~ 5% adalah dalam bentuk campuran dengan oksigen seperti hematit, magnetit dll yang bersifat magnetik. Sifat magnetik ini sebenarnya adalah suatu medan tenaga magnetik yang boleh menghasilkan tenaga elektrik. Iaitu berlakunya penukaran tenaga magnetik/elekromagnet kepada tenaga elektrik. Model paling mudah adalah bagaimana dinamo basikal itu berfungsi.

Asas penghasilan elektrik adalah seperti berikut:

Tenaga kinetik(gerakan) ---> Tenaga Magnet ---> Tenaga elektrik

Bagaimana elektrik dihasilkan daripada magnet?
Tenaga elektrik terhasil apabila gelungan konduktor(pengalir) @solenoid memutuskan urat daya medan magnet atau magnet digerakkan dalam gelungan dalam suatu putaran seperti dinamo basikal dan sebagainya. Pemutusan urat daya medan magnet ini menghasilkan daya gerak elektrik.

Antara tenaga kinetik(gerakan) untuk putaran digunakan seperti roda basikal,  motor, kereta dsbgnya,  turbin angin,  air sungai@empangan,  stim wap, tenaga nuklear dan lain2 yang menghasilkan gerakan.

Zaman sekarang elektrik digunakan dengan meluas kerana adanya empangan hidroelektrik bagi menjana tenaga elektrik. Dimana aliran air menggerakkan turbin janakuasa yang memutuskan urat daya medan magnet pada motor janakuasa dan daya gerak elektrik dihasilkan.

Tenaga kinetik(gerakan) ---> Tenaga Magnet ---> Tenaga elektrik

Melihat kembali ayat2 di atas:

الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ

بَأْسٌ  -  kekuatan, kekuasaan
شَدِيدٌ - sangat kuat/bertenaga

وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ

بِالْغَيْبِ
bermaksud- ghaib/tersembunyi/tidak kelihatan

Sepanjang masa elektrik digunakan tetapi manusia tidak sedar @ tidak kelihatan bagi mereka bahawa semuanya datangnya dari kekuatan besi yang Allah swt ciptakan untuk manusia supaya manusia menjadi hamba yang bersyukur. Segala kemudahan elektrik, internet dan lain2 kekuatan seperti ayat di atas, sepertimana firmanNya supaya menggunakan kekuatan handalnya itu - ghaib) untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya.

"dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu (tidak kelihatan - ghaib) untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-RasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya). sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".
(Surah al-Hadid,57: ayat 25)

Wallahua'lam

Sumber:

alQuran
Besi-wikipedia
Asas elektrik -wikipedia
Dinamo basikal -wikipedia





TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH MUKJIZAT/MIRACLES OF AL QURAN

Sunnatullah dan sunnah para Rasul dalam penyampaian dakwah para Nabi menggunakan mukjizat yg dianugerahkan Allah kepada para Nabi a.s. dan kepada Baginda saw. Kisah para tukang sihir firaun yang akhirnya beriman setelah melihat mukjizat Nabi Musa a.s. begitu juga Nabi-Nabi yang lain.

Umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, Baginda mewariskan bagi umatnya mukjizat terbesar iaitu Al Quran. Untuk mencapai kejayaan umat Islam hendaklah memperlihatkan mukjizat kebesaran Allah swt  yang terkandung di dalam Al Quran bagi menyeru manusia untuk kembali beriman  ke jalan Allah swt, kerana Rasulullah saw menggunakan berbagai mukjizat dan Al Quran dalam misi dakwah Baginda saw. Sesungguhnya di dalam al Quran terkandung mukjizat2 yang menunjukkan kebesaran Allah swt.

Surah 41: ayat 53 bermaksud:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu"?