Madu Lebah Asli – Pembekal Tenaga Segera Dan Membunuh Virus/Bakteria
Lebah juga istimewa kerana serangga ini bukan hanya disebutkan di dalam Al-Qur’an tetapi dijadikan nama surah di dalam Al-Qur’an, Surah An Nahl(bermaksud lebah).
Allah SWT berfirman bermaksud :
"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.
(Surah an-Nahl: ayat 68 - 69)
Maksud wahyu dalam ayat di atas ialah ilham iaitu Allah mengilhamkan(wahyu) kepada lebah.
Di dalam Al Quran perkataan memberi wahyu digunakan untuk para Nabi/Rasul a.s., Maryam ibunda Nabi Isa a.s. dan lebah. Namun maksud wahyu bagi Maryam dan lebah di sini bermaksud ilham. Perkataan ' wahyu' itu menunjukkan betapa tingginya nilai sesuatu itu bagi manusia.
Kandungan Nutrisi Madu Lebah
Analisis peratus molekul dalam kandungan madu lebah adalah seperti berikut:
Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3% , Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1% Air: 17.2% ,Gula lain: 1.5% , Lain-lain: 3.2%
Manakala dari segi ketumpatannya, madu lebah mempunyai ketumpatan 36% lebih tumpat daripada air. Madu lebah mengandungi beberapa Mineral di dalamnnya iaitu:
Kalsium (Ca), Phosphor (P), Sulfur, Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Karbon, Riboflavin, Kalium, Ferum, Zink, klorin, iodin, kuprum, silika dll. Madu lebah mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, B kompleks, C dan E.
Persoalan, mengapakah Madu lebah membekalkan tenaga segera jika dibandingkan dengan makanan lain?
Ini adalah kerana purata kandungan jumlah gula paling ringkas monosakarida(Fruktosa: 38.2% dan Glukosa: 31.3%), dalam madu lebah iaitu menghasilkan sebanyak ~ 70 % .
Kandungan gula paling ringkas monosakarida yang banyak ( ~70 %) ini, secara langsung membekalkan tenaga segera untuk sebarang aktiviti. Penukaran gula(kompleks) kepada gula paling ringkas (monosakarida) ini sebenarnya telah dilakukan melalui air liur lebah.
Berbeza dengan gula ringkas(kompleks disakarida) yang sedikit jumlahnya di dalam madu lebah (Sukrosa: 1.3% ,Maltosa: 7.1%) hanya ~ 9 % perlu menjalani tindabalas kimia yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida glukosa dan fruktosa sebelum digunakan untuk tenaga bagi sebarang aktiviti.
Gula harian biasa yang dimakan iaitu sukrosa adalah gula ringkas(kompleks disakarida) yang memerlukan enzim ‘invertase’ dan ‘amilase’ bagi penukaran kepada gula paling ringkas – monosakarida sebelum digunakan untuk tenaga .
Ini memberatkan kerja proses kimia dan fisiologi di dalam badan berbeza dengan manisan madu lebah asli yang kaya dengan gula paling ringkas monosakarida
( Fruktosa: 38.2%, Glukosa: 31.3%) iaitu sebanyak ~ 70 % yang terus membekalkan tenaga.
Oleh itu madu lebah terkenal kegunaannya sebagai pemulih tenaga dan saraf.
Kajian telah menunjukkan bahawa bakteria tidak dapat hidup dengan kehadiran madu lebah. Ini disebabkan oleh faktor zat mineral Kalium di dalam madu yang menghisap lembapan dari bakteria yang penting untuk kehidupan.
Dari Abu hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan di waktu pagi dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."
(Sunan Ibn Majah)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah saw bersabda:
"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."
Di dalam kitab Tibbun Nabawi
(Ibn Qayyim) menyebutkan pantang larang penggunaan madu lebah :
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai/timun cina bersama-sama dengan madu kerana boleh membawa bahaya/maut.Mungkin hasil tindakbalas kimia daripada percampuran dua bahan tersebut yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.
Wallahua'lam
Rujukan :
1.Al Quran dan Terjemahan
2.Zabidi H. Nawawi: Perubatan Nabawi Dan Perubatan Tabi’e; Pustaka Muda,1998
3.Dr Abdul Karim Najib al khatib: Madu Lebah Ubat Yang Turun Bersama Wahyu; Pustaka Ilmi,1994
4.Ibn Qayyim : Tibbun Nabawi
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Honey
6.http://en.wikipedia.org/wiki/Glucose
7.http://en.wikipedia.org/wiki/Sucrose
No comments:
Post a Comment