Monday, 10 November 2014

BESI - MANFAAT BAGI MANUSIA DAN ALAM SEMESTA

Ayat al Quran surah al Hadid:

وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

….Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia….

Surah al-Hadid,57: ayat 25.

Bumi hampir 35% kandungannya adalah besi dan kandungan terbesar ialah pada teras(perut) bumi yang mengandungi campuran besi dan nikel. Besi yang dijumpai di kerak bumi bersifat magnetik dalam campuran dengan oksida-magnetit,  hematit dll. % kandungan besi yang tinggi pada bumi adalah suatu rahmat kepada manusia kerana bumi menghasilkan medan magnetik 1000-60,000 km(Garis sabuk van allen)  di atas permukaan bumi yang menjadi pelindung daripada benda berbahaya seperti pancaran radioaktif matahari dll.

Besi juga diguna dalam industri pembuatan. Campuran besi,  carbon,  silikon dll logam menghasilkan besi waja bagi pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia. Dalam ayat al Quran disebutkan perkataan

وَأَنْزَلْنَا ...
Waanzalna...

bermaksud Kami turunkan, menurut kajian saintis besi tidak boleh dicipta kerana untuk menciptakan memerlukan pemanasan beratus juta darjah celcius dan besi juga tidak diciptakan dalam sistem galaksi bima sakti kita kerana suhu matahari hanya mencapai sekitar puluh juta darjah celcius. Jadi dari mana datangnya besi,  seperti ayat di atas besi diturunkan. Maksud diturunkan di sini ialah besi datang dari sistem luar daripada sistem matahari kita iaitu daripada bintang yang lebih panas yang mengalami letusan supernova dan bertaburan meteorid, asteroid dll. Jadi meteor2 yang memasuki atmosfera bumi adalah kandungan besi dan nikel.

Dalam ayat yang lain Allah berfirman langit dan bumi dicipta dalam '6 masa' pemisahan langit dan bumi(Big Bang Teori) .  Kajian saintis pembentukan bumi,  planet, sistem suria dll daripada letusan supernova (Big Bang Teori) .

Dan bumi satu2nya planet yang mempunyai sifat magnetik yang tinggi yang menjadi perlindungan kehidupan di atas bumi manakala planet lain sebahagian besar tidak mempunyai sifat magnetik tersebut. Bersyukurlah kepada Allah swt atas rahmat yang Allah kurniakan kepada manusia. Namun perlindungan sabuk van allen tidak lama kerana saintis telah menemukan ada sabuk garis van allen ada yang musnah akibat badai matahari. Dengan kata lain bila banyak magnetik bumi dimusnahkan dunia akan menuju hari kiamat - hari musnahnya alam kehidupan.

Sumber:
1.Al Quran
2.Besi-wikipedia bahasa melayu

3.http://id.harunyahya.com-Rahsia Besi

4.Sabuk radiasi van allen - wikipedia bahasa indonesia



No comments:

Post a Comment