Monday, 10 November 2014

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH MUKJIZAT/MIRACLES OF AL QURAN

Sunnatullah dan sunnah para Rasul dalam penyampaian dakwah para Nabi menggunakan mukjizat yg dianugerahkan Allah kepada para Nabi a.s. dan kepada Baginda saw. Kisah para tukang sihir firaun yang akhirnya beriman setelah melihat mukjizat Nabi Musa a.s. begitu juga Nabi-Nabi yang lain.

Umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad saw, Baginda mewariskan bagi umatnya mukjizat terbesar iaitu Al Quran. Untuk mencapai kejayaan umat Islam hendaklah memperlihatkan mukjizat kebesaran Allah swt  yang terkandung di dalam Al Quran bagi menyeru manusia untuk kembali beriman  ke jalan Allah swt, kerana Rasulullah saw menggunakan berbagai mukjizat dan Al Quran dalam misi dakwah Baginda saw. Sesungguhnya di dalam al Quran terkandung mukjizat2 yang menunjukkan kebesaran Allah swt.

Surah 41: ayat 53 bermaksud:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu"?

No comments:

Post a Comment