MIRACLES OF AL QURAN
(Ash-Syams- Matahari) :
Surah Ash- Syams,91 : ayat 1-15
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣) وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦) وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠) كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَٮٰهَآ (١١) إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَٮٰهَا (١٢) فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَـٰهَا (١٣) فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّٮٰهَا (١٤) وَلَا يَخَافُ عُقۡبَـٰهَا (١٥)''
Ayat 1:
[1]Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
.......
MENARIKNYA SUSUNAN AYAT
Kata Ash-Syams bermaksud matahari. Menurut kajian sains matahari sepertimana bumi mempunyai sifat magnetik kerana % besi(Ferum) ke 5 terbanyak % komposisi dalam matahari. Komposisi terbanyak adalah Hidrogen(H) ~ lebih 70% , Helium(He) ~ lebih 20%, Oksigen(O) ~1%, Karbon(C) ~ 0.3%, Ferum(Fe) ~ 0.2%, dll.
Jika diperhatikan huruf akhir setiap ayatnya (1-15) adalah sama Ha@He (هَا...)
Menurut kajian sains bagaimana matahari menghasilkan cahaya terang benderang kerana setiap saat berjuta ton Hidrogen(H) diurai menjadi Helium(He) dalam plasma matahari dalam medan magnet.
Diperhatikan perkataan وَضُحَٮٰهَا adalah daripada gabungan وضح (terang/cahaya) dan هَا(baginya/dia). حها...H-He ayat 1, menunjukkan proses penguraian merujuk Hidrogen(H) kepada Helium(He) yang menghasilkan cahaya dalam plasma medan magnet matahari dan bersesuaian dengan maknanya terang benderang baginya.
Subhanallah betapa saintifiknya ayat al Quran disebalik huruf dan ayat-ayatNya tersembunyi keajaiban yang perlu diperhatikan. Jika dilihat lagi حها...H-He ayat 1, bilangan proton H adalah 1 dan jisim/berat atom H juga 1 dalam jadual berkala kimia. Semua ayatnya akhiran huruf He bermaknanya setiap saat H menjadi He...(H...e - He) .
Wallahua'lam
Rujukan :
1.Al Quran
2.Matahari - Wikipedia bahasa melayu
3.Chemistry periodic table
4.Matahari - Wikipedia bahasa indonesia
5.Helium - Wikipedia bahasa indonesia
No comments:
Post a Comment