LABAH-LABAH TERBANG HINGGA BERATUS KILOMETER
LABAH-LABAH adalah spesis araknid yang berbeza daripada serangga lain, jika diperhatikan segmen anggotanya hanya dibahagikan kepada 2, kepala dan badan(abdomen).
Firman Allah swt bermaksud:
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan wali2(benda-benda yang lain )dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang/rumah yang selemah-lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
(Al Quran: Surah al Ankabut,29:41)
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(Surah al Ankabut,29:43)
LABAH-LABAH adalah istimewa kerana bukan sahaja ia disebut di dalam al Quran tetapi juga dijadikan Allah satu surah yang dinamakan surah al Ankabut(bermaksud labah2)
Bagaimana labah2 mampu terbang di udara? Menurut kajian saintis labah2 mampu terbang dengan menggunakan tali sutera labah2 yang saiz setiap talinya(1/1000)mm amat tipis, ringan dan bercas negatif yang ada kesan tarikan elektrostatik dengan cas positif di atmosfera/udara.
Dengan menembak beberapa tali sutera ke atmosfera/udara melalui abdomennya, ini membentuk daya paracut/payung terjun secara elektrostatik antara tali sutera dan cas positif atmosfera/udara, membolehkan labah2 terbang di udara sehingga beratus kilometer.
Antara ciri2 istimewa lain berkaitan sutera labah2:
1. Sutera labah2 5 kali lebih kuat daripada besi keluli bagi ketebalan saiz yang sama
2. Lebih anjal daripada getah dan boleh diregangkan sehingga 4 kali ganda
3. Amat ringan jika ukurlilit bumi menggunakan sutera labah2 hanya perlukan seberat 320g
4. Sifatnya yang anjal dan kuat seperti kevlar fiber yang digunakan dalam baju kalis peluru, payung terjun dll
5. Sutera labah2 tahan lama
6. Banyak aplikasi digunakan dalam teknologi ketenteraan dan perubatan
Allah yang maha kuasa menjadikan manfaat setiap sesuatu perumpamaan itu bagi manusia supaya diperhati, dikaji dan direnungkan ciptaanNya.
Melihat kembali ayat tersebut sarang labah2 memang selemah sarang tapi bagi sekian bandingan yang amat tipisnya tali sutera sarangnya (1/1000)mm. Dilanjutkan ayat 43 seterusnya yang bermaksud :
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
(surah al Ankabut,29:43)
Wallahua' lam
1.Al Quran
2.Tafsir Al Quran Karim: Prof. Dr. H. Mahmud Yunus
3.http://m.harunyahya.com/en/Articles/172979/the-mystery-is-solved-how
4.http://m.harunyahya.com/tr/Books/985/The-Miracle-In-The-Spider/chapter/3751/The-Miracle-of-Silk
5.http://en.m.wikipedia.org/wiki/Ballooning_(spider
6.http://www.newscientist.com/article/dn9536-how-do-spiders-travel-such-epic-distances.html#.VGyae0URX1p
No comments:
Post a Comment