Tingkatan Hukum Mengikut Tingkatan2 Dlm Sunnah:
Samada Bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.
Dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat qatÊiyyah merujuk kepada kandungan Sunnah yang hanya boleh ditafsirkan dengan satu maksud sahaja dan tanpa boleh ditakwilkan.
Sebagai contoh, bayaran zakat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: „Setiap lima ekor unta (diwajibkan bayaran zakat terhadapnya dalam bentuk) seekor biribiri.
Manakala mengenai status dalalah (dalil) Sunnah yang bersifat zanniyah pula merujuk kepada kandungan Sunnah yang belum jelas bahkan penafsirannya boleh diandaikan dengan pelbagai tafsiran.
Antara contohnya seperti sabda Rasulullah s.a.w: „Tiada solat melainkan dengan (membaca) al-Fatihah (daripada) al-Quran. Lafaz „tiada dalam Sunnah ini boleh ditakwilkan dengan dua maksud yang berbeza: pertamanya, tidak sah dan kedua, tidak sempurna.
Justeru itu, bagi golongan SyafiÊiyyah yang menerima tafsiran pertama, mereka menganggap solat akan terbatal jika pelakunya tidak membaca al-Fatihah.
Sebaliknya bagi golongan Hanafiyyah yang menerima tafsiran kedua, mereka menganggap solat sedemikian masih sah tetapi pelakunya tetap berdosa kerana tidak membaca al-Fatihah lalu menjadikan solatnya kurang sempurna.
Begitu juga dengan al Quran, dalilnya juga bersifat Qateiyyah atau Zanniyah.
Bacaan yg lebih lengkap pdf file boleh download/visit di:
http://lms.oum.edu.my/e-content/ABSF2103/content/13105833Topik6Sumber_sumberHukumIslamyangDisepakati_al-QurandanSunnah.pdf
No comments:
Post a Comment