Monday, 10 November 2014

RAHSIA BESI PADA ALAM

RAHSIA BESI PADA ALAM

Besi(al Hadid) dalam penghasilan elektrik:

....وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

….Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu )untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-RasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Surah al-Hadid,57: ayat 25

Besi yang dijumpai dalam kerak permukaan bumi sebanyak ~ 5% adalah dalam bentuk campuran dengan oksigen seperti hematit, magnetit dll yang bersifat magnetik. Sifat magnetik ini sebenarnya adalah suatu medan tenaga magnetik yang boleh menghasilkan tenaga elektrik. Iaitu berlakunya penukaran tenaga magnetik/elekromagnet kepada tenaga elektrik. Model paling mudah adalah bagaimana dinamo basikal itu berfungsi.

Asas penghasilan elektrik adalah seperti berikut:

Tenaga kinetik(gerakan) ---> Tenaga Magnet ---> Tenaga elektrik

Bagaimana elektrik dihasilkan daripada magnet?
Tenaga elektrik terhasil apabila gelungan konduktor(pengalir) @solenoid memutuskan urat daya medan magnet atau magnet digerakkan dalam gelungan dalam suatu putaran seperti dinamo basikal dan sebagainya. Pemutusan urat daya medan magnet ini menghasilkan daya gerak elektrik.

Antara tenaga kinetik(gerakan) untuk putaran digunakan seperti roda basikal,  motor, kereta dsbgnya,  turbin angin,  air sungai@empangan,  stim wap, tenaga nuklear dan lain2 yang menghasilkan gerakan.

Zaman sekarang elektrik digunakan dengan meluas kerana adanya empangan hidroelektrik bagi menjana tenaga elektrik. Dimana aliran air menggerakkan turbin janakuasa yang memutuskan urat daya medan magnet pada motor janakuasa dan daya gerak elektrik dihasilkan.

Tenaga kinetik(gerakan) ---> Tenaga Magnet ---> Tenaga elektrik

Melihat kembali ayat2 di atas:

الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ

بَأْسٌ  -  kekuatan, kekuasaan
شَدِيدٌ - sangat kuat/bertenaga

وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ

بِالْغَيْبِ
bermaksud- ghaib/tersembunyi/tidak kelihatan

Sepanjang masa elektrik digunakan tetapi manusia tidak sedar @ tidak kelihatan bagi mereka bahawa semuanya datangnya dari kekuatan besi yang Allah swt ciptakan untuk manusia supaya manusia menjadi hamba yang bersyukur. Segala kemudahan elektrik, internet dan lain2 kekuatan seperti ayat di atas, sepertimana firmanNya supaya menggunakan kekuatan handalnya itu - ghaib) untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya.

"dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu (tidak kelihatan - ghaib) untuk menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-RasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya). sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".
(Surah al-Hadid,57: ayat 25)

Wallahua'lam

Sumber:

alQuran
Besi-wikipedia
Asas elektrik -wikipedia
Dinamo basikal -wikipedia





No comments:

Post a Comment